About Me

Biodata:

Nama          : Fiz Rahman

Lokasi        : Kuala Lumpur

Kelulusan :

1)  I.S.M Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)

2)  Sijil Multimedia Design (Cosmopoint).

Pencapaian IT :

  • ISEC 2003 : 1st Place – untuk rekabentuk Web Portal dan Persembahan Multimedia Design
  • Rancangan Perniagaan 2008 Peringkat Unversiti : 1st Place
  • Rekacipta Struktur A famosa dengan bahan Kitar semula 2008 : 1st Place

Penglibatan :

  • Merupakan bekas Majlis Tertingi  Kelab Kesuhawanan Universiti pada tahun 2006-2008
  • Founder & Bekas Presiden SIFE Universiti 2007 & 2008
  • Menjadi wakil tunggal Universiti untuk” Lawatan Teknikal Keusahawanan ke Thailand 2008”
  • Penceramah & Pengarah Projek “Kursus Adobe Photoshop & Blog 2008”
  • Pengarah Projek “Jualan Expo Konvokesyen Universiti 2007 & 2008”
  • Mengikuti Kursus Latihan Keusahawanan Siswa & Rancangan Perniagaan anjuran MeCD, INSKEN , PUNB & SME.
  • Mengikuti Karniawan (2005,2006,2007 & 2009)
  • Setiausaha Persatuan SIFE Alumni Malaysia @ SIFE Malaysia Alumni Association (SIFE Alumni  Network) 2010-2012

Pencetus Semangat :

Mula menjalankan perniagaan internet sejak dari tahun 2006 sebagai medium pemasaran & tapak  perniagaan selepas membaca buku Rahsia Perniagaan Internet – Dr. Irfan Khairi,  Rahsia buat duit dengan Internet – Saifulsham, 15 Teknik Efektif Internet Marketing – Fuad Latif,  Secret of Millionaire Student – Stuart Tan,Dylan Loh & Edmund Loh, Ebook Rahsia 10k – Team FlareBiz.

Perniagaan :

 

 

 

>> Hubungi Saya

 

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Gallery

TUTORIAL BELAJAR ADOBE PHOTOSHOP

TUTORIAL BELAJAR ADOBE PHOTOSHOP

Short listed for nescafe kickstart - Reality TV Program @ TV3

Short listed for nescafe kickstart - Reality TV Program @ TV3

Header Page

SocialTwist Tell-a-Friend

Prudential BSN Takaful Wealth Planner

Prudential BSN | Takaful LIFE Insurance

Saya percaya setiap orang mempunya risiko yang sama, seperti:-

1. KEMATIAN PRA MATANG

Kita ada dengar jiran, kawan, saudara mara kemalangan ataupun ada masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, sekiranya berlaku kepada saya macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada lansung sekiranya hanya suami bekerja.

BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA ADALAH WANG.

kanak kanak

2. HIDUP TERLALU LAMA
Semua manusia mahukan umur yang panjang, Kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. Apakah akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda? Berdasarkan pengiraan matematik mudah, pencen umur 55, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi kita perlukan dana untuk meneruskan kelansungan hidup. Apakah nombor anda sebaik sahaja anda bersara?

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 1000 sebulan, maka RM1000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 240,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 2000 sebulan, maka RM2000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 480,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 5000 sebulan, maka RM5000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 1,200,000 (Anda mesti ada pada 55)

*Pengiraan di atas belum dimasukkan fakto inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang rata-ratanya adalah hanya RM100,000 sahaja jumlah apabila kita mencapai umur 55?

old_and_alone

3. LIVING DEATH
Anda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita ada duit, kalau tak ada macamnana nak dapat rawatan. Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat anda bekerja? Tetapi soalannya
i) SAMPAI BILA ANDA AKAN BERKERJA DISITU??
ii)SYARIKAT ANDA MELINDUNGI ANDA SEHINGGA UMUR 55 SAHAJA….SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI…SEKIRANYA boleh harganya adalah 5x ganda… MAMPUKAH KITA??SEKIRANYA TIDAK MAMPU, ADAKAH ANDA MAHU MENGGUNAKAN WANG KWSP ANDA UNTUKMEMBAYAR BIL HOSPITAL??
iii)ANDAKAH ANDA SANGGUP BERATUR PANJANG DENGAN ORANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN???

living death

4. SIMPANAN UNTUK PELAJARAN ANAK DAN PERSARAAN
Takaful adalah satu medium yang menggalakkan anda menyimpan untuk pelajaran anak dan persaraan anda. Dengan manfaat yang diberikan duit simpanan anda akan “CONTINUE GROWING” walaupun anda diagnose penyakit kritikal.

education_fund

retirement-fund2

Jadi Ambillah Pelan Insurans @ Takaful Sekarang Untuk Perlindungan Anda Sekeluarga

 

 

KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS @ TAKAFUL?

KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS @ TAKAFUL?

Anda Rasa RUGI Ambil Takaful, Tapi Anda LAGI RUGI Kalau Tak Ada TAKAFUL. Sekiranya Anda Tidak Membuat Sumbangan Hari Ini, Satu Hari Nanti Anda Pasti Menyumbang Dalam JUMLAH YANG BESAR Kepada Hospital 

Pepatah Lama Yang Sudah Bertukar – Harimau Mati Meninggalkan Belang Tapi Manusia Mati MeninggalkanHUTANG.

Anda Sudah Mempunyai Perlindungan Dari Syarikat Anda Bekerja! Hanya Mungkin Berminat Selepas Bersara (Umur 55). Tahukah Anda Takaful Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja. Sudah Ada Diabetis @ Darah TinggiSegalanya Mungkin Sudah Terlewat. Adakah Anda Boleh MEMBERI JAMINAN Anda Tiada Penyakit Apabila Menjelang Umur 50-an. Sanggupkah Anda Menggunakan Wang EPF @ KWSP Anda Untuk Membayar Bil Hospital???

Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan Beri, Tapi Kalau Doktor Anda MintaRM50,000 Adakah Anda Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?

ylp1_penyakit_membaawa_maut_rev1.jpg
Penyakit Membawa Maut Seluruh Dunia Yang Sering Menyerang Secara Senyap. Rawatan Awal Dan Tepat Diperlukan

ypl2_kini_
Kos Perubatan Adalah Amat Tinggi Dan Amat Perit Untuk Ditanggung

ylp3_kesan_bil_perubatan_yang_tinggi_rev1.jpg
Tanpa Kad Perubatan Dan Kesannya Kepada Anda

ylp5_penyelesaian_prudential_rev1.jpg
Kami Memahami Kami Prihatin, Dapatkan Penyelesaian Dari Produk Perlindungan Kami. Sungguh Komprehensif

ylp6_hak_untuk_berlindung_rev1.jpg
Perlindungan Adalah Hak Anda. Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut

protection_medical_card_saving

Parah Bil Hospital : Ramai Hutang Kad Kredit, Bank Untuk Jelaskan Kos Perubatan Swasta Yang Tinggi

parah-bil-hospital

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Sumber Dari Akhbar Tempatan

protection_medical_card_saving

PASTIKAN KAD PERUBATAN ANDA GUARANTEE RENEWAL…

Tidak semua kad perubatan adalah sama bergantung kepada syarikat yang anda ambil. Apa itu “guarantee renewal”? Guarantee renewal bermaksud manfaat kad perubatan anda akan terus disambung mengikut kontrak yang telah dibuat walaupun anda telah mendapat penyakit setelah mengambil polisi. Akan akan terus dilindungi dan kos hospital akan ditanggung oleh pihak insurans @ takaful.

Sekiranya kad perubatan anda adalah dari jenis yang “non guarantee” maka setiap kali membuat pembaharuan anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan, sekiranya sihat polisi akan diperbaharui, sekiranya sakit kemunkinan anda tidak boleh menyambung lagi atau akan dikenakan loading @ exclusion. Untuk maklumat tiada lagi syarikat insurans lain yang akan memberikan anda perlindungan sekiranya anda sakit.

Pilihlah kad perubatan yang auto renewal dan tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

 

 

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Download Area

Link Download ini disediakan untuk pengunjung yang di hormati, sedikit ilmu untuk perkongsian. Klik pada pautan yang anda ingin download.

Sekian, Terima Kasih


Motivations & Islamic – Readings | Bacaan – Motivasi & Islamik

1. KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY.pdf

2. CINTA 14 FEB kesan selepas 9 bulan kemudian.pdf

3. 22 tanda kiamat Semakin Hampir.pdf

4. DOA-DOA HARIAN.pdf

5. DOA-DOA Pilihan.pdf

6. Dunia Di Penghujung Nyawa.pdf

7. Fadhilat-Asma-Ul-Husna.pdf

8. Kuasa DOA.pdf

9. Peringatan disebalik kejadian Nuzul Al-Quran.pdf

10.Solat Dhuha.pdf


Business & Internet Marketing – Readings | Bacaan – Bisnes & Pemasaran Internet

1. Inbox Cash Techniques – Report.pdf

2. Buginer Guide to Adsense.pdf

3. 100-Cara-Promosi-Tingkatkan-Web-Traffic-Anda.pdf


 

SocialTwist Tell-a-Friend

Order Website Design

Menerima Tempahan Rekabentuk :


Website Company/SME/Corporate : RM 450

( 5 pages Maximum include; Home, Profile, Product,Contact form, aditional 1 page)

Minisite: RM150  (3 page Maximum – include; Home,Contact & Order form)

WebBlog (self-hosted): RM150*

*Hosting & Domain  adalah At cost dan tidak termasuk dengan harga diatas.


Banner (320x 100): RM30

Banner (125x 125): RM25

Banner (320x 125) & (125x 125) : RM 50 (Pakej Jimat RM5)

Header & Footer  (Custom Design) for website/ministe : RM 50

Cover Ebook : RM50 ( 1 design with multiple size – Large, Medium, Small)

Flash Animated Header  : RM 100 (click here for sample flash header)

Digital Photo : RM30 (3  piece of Artwork)


*Hosting & Domain At Cost ; adalah kos penyelengaraan Hosting & Domain yang perlu ditambah oleh pelanggan untuk memiliki hosting sendiri seperti .com | .net | .com.my | .org | co.cc | .biz (layari Hosting untuk survey harga semak di Hosting provider mengikut harga pasaran, klik sini untuk pilihan cadangan “Hosting“). Khidmat nasihat untuk Hosting & Domain akan diberikan untuk pelanggan membuat pilihan mengikut badjet tersendiri.

Lihat Gallery untuk melihat hasil kerja.

HUBUNGI SAYA – Tempah Web/Design Grafik.

.

.

.

PAKEJ PERSONAL COACHING

Kursus Personal Coaching merangkumi;

  1. Bina website(dari kosong sampai siap)
  2. Bina & Reka  produk info ” Buat Ebook sendiri “
  3. Host & Upload website anda kenali Cpanel
  4. Belajar design dengan Adobe Photoshop
  5. Melakukan Promosi & Marketing di internet “jelajah social networking”
  6. MengOptimasi Payment Processor untuk Menerima bayaran (Paypal, Maybank2u, Cimb Clicks, Public bank Online dll.)
  7. Dibekalkan Ebook, Video, Audio & templete sebagai bonus pembelajaran

Secara individu hanya bawa laptop sendiri, sambil belajar dan bersantai di coffeehouse (sambil lepak di kedai kopi boleh belajar buat website untuk buat duit untuk kesenangan  masa hadapan~) . Di lakukan setiap hujung minggu bergantung kepada kesesuaian masa tenaga pengajar dan penuntut untuk membuat temu janji.

Harga :

  • Individu :RM 350 (seorang) <- tawaran  terhad!
  • Kumpulan (2 orang maximum) : RM 300 (seorang)

Lokasi : coffehouse sekitar Ulu Klang yang ada servis wifi.

Kelebihan  : Khidmat Bantuan secara talian (email, Skype &  Team Viewer)

Terma & Syarat dipatuhi.

HUBUNGI SAYA – Personal Coaching Bina Web


.

.

.

Notis Terma & Syarat:

  • Kerja-kerja rekaan akan dilakukan sebaik sahaja pengesahan pembayaran telah dilakukan oleh anda kepada pihak FR e-Design untuk tujuan  menentukan komitmen  Krew  dalam memastikan mutu kerja FR e-Design dihasilkan untuk pelanggan yang Sah.
  • Sebarang komunikasi (email/talian) dua hala semasa proses pembikinan adalah perlu untuk kebaikan dua pihak. Bermula dari Pelanggan memberi draft/gambaran ; tajuk , slogan, kata-kata hikmah (Killer word), surat jualan (sales letter) dan gambar-gambar untuk lampiran grafik kepada Krew kerana fokus Krew hanya kepada design grafik dan susun atur struktur web/grafik/animasi dan tidak melakukan kerja cari & susun ayat , reka surat jualan (sales letter) & kata-kata hikmah (Killer word) untuk tujuan promosi pelanggan.
  • FR e-Design berhak memaparkan hasil  karya Krew untuk tujuan promosi dan portfolio kerja dan testimonial di mana-mana saluran media yang di kelolakan oleh FR e-Design & Krew.
  • Pelanggan hanya memiliki salinan hasil kerja (.jpeg/ .png /.gif / .pdf / .swf) dan hasil kerja asal (softcopy masterpiece) adalah rekacipta hakmilik FR e-Design & Krew.
  • Sebarang penambahan/ ubahsuai  perkara tajuk dan struktur web/grafik selepas proses penyerahan perlu di runding semula dan pelanggan perlu membiayai kos penyelengaraan dan ubahsuai berikut mengikut persetujuan harga antara pelangan dengan FR e-Design.
  • Tawaran harga yang ditetapkan oleh FR e-Design boleh berubah dalam tempoh tertentu mengikut notis jangka waktu yang di berikan oleh FR e-Design untuk menamatkan promosi sesuatu produk yang ditawarkan.
  • Terma & Syarat yang dikenakan adalah untuk tujuan persefahaman antara dua pihak tentang perkara asas tindakan kerja kami dan memudahkan untuk menyelesaikan kerumitan yang tidak diketahui agar diperjelaskan secara telus.

 

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Contact Me

Your Name (*required)

Your Email (Will not be displayed *required)

Subject

Your Message

SocialTwist Tell-a-Friend

Blog Post

SocialTwist Tell-a-Friend